Mesyuarat Penyelarasan Proses Kebenaran Gunatanah Untuk Tanah Perkuburan Baharu Dalam Daerah Kuantan

Alhamdulillah, pihak pengurusan Tanah Perkuburan Raudhah Baqie Damansara yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran Pusara RBDK, Lt.Kol (B) Ustaz Hj Mohamad Zaki Bin Kassim telah menghadiri mesyuarat penyelarasan proses kebenaran gunatanah untuk tanah perkuburan baharu dalam daerah Kuantan pada 13 November 2024 (Rabu) yang lepas di Bilik Perbincangan, Pejabat Agama Islam Bandaraya Kuantan.

Mesyuarat yang dipengerusikan sendiri oleh Al Fadhil Qadhi Daerah Kuantan, Tuan Haji Syarifuddin Bin Mohamad Sa'ad, turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Kuantan, Tn. Azlan, Pegawai MUIP Cawangan Kuantan, Tn. Emir, Pegawai Pejabat Tanah dan Galian Pahang, Tuan Akmal, Ketua Unit Hartanah, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Harta, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Tn Hasnoor dan Pegawai Tadbir, Setiausaha 1 RBDK, En. Aidy Syukri Bin Yahya.


Antara yang dibincangkan ialah pelan tindakan untuk menjayakan pembinaan jalan laluan dari Bandar Damansara Kuantan ke Tapak Perkuburan Islam RBDK sepanjang 1.7km, termasuk permohonan terus kepada Dato' DO dan JD JKR bagi memohon bantuan kewangan melalui dana Kerajaan Persekutuan (MARIS).


Turut dibincangkan ialah penyerahan surat permohonan untuk mendapatkan kelulusan dari pihak MUIP utk kebenaran menggunakan tanah perkuburan RBDK yang sedang diusahakan utk mengebumikan jenazah oleh En Aidy Syukri melalui AFQ. Tn Haji Syarifuddin.

Selain itu, bagi penggunaan jalan sementara yg merentasi tanah pemilik lain, MUIP turut mencadangkan agar pihak Pengurusan RBDK membuat permohonan terus kebenaran daripada mereka. MUIP turut menyatakan sokongan untuk membantu membuat carian nama pemilik-pemilik tanah secara percuma.

Hasil keputusan mesyuarat, pihak pengurusan RBDK perlu menunggu untuk mendapatkan laporan teknikal daripada pihak Jabatan Mineral dan Galian (JMG) dan perlu bermesyuarat dengan pihak JMG.

Mesyuarat berakhir dengan Surah Al Asr dan Tasbih Kafarah.


Comments