Majlis Penyerahan Sumbangan RM50K oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)
23 Jan 2025 - Alhamdulillah, Pihak Pengurusan dan Pentadbiran Raudhah Baqie Damansara Kuantan (RBDK) yang diketuai oleh Pengerusi Lt Kol (B) Haji Mohamad Zaki Bin Kassim telah dijemput oleh pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) untuk menerima sumbangan zakat awal RM50,000 bagi tujuan membangunkan Tanah Perkuburan Raudhah Baqie Damansara Kuantan.
Sumbangan telah disampaikan oleh Pengurus Besar Pusat Kutipan Zakat Pahang, YBRS, Tuan Haji Mohd Azmi Bin Haji Othman sempena Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan 2025 di Masjid Imam As-Syafie KotaSAS.
Penyampaian mock cheque oleh Tuan Haji Azmi turut disertai oleh Timbalan Pengerusi RBDK, Tuan Haji Mohd Kazwan Bin Kassim. Pihak pentadbiran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang melalui surat yang bertarikh 18 Oktober 2024 telah meluluskan sumbangan sebanyak RM50,0000 bagi tujuan menyiapkan Fasa ke Dua pembangunan Pusara Raudhah Baqie Damansara Kuantan iaitu pembinaan Pagar dan Jalan Utama Tapak Kubur.
Sumbangan ini adalah lanjutan daripada petemuan dengan CEO MUIP bertarikh 24 November 2024 tahun lepas.
Semoga hasrat penduduk di Qaryah Masjid Assyakirin Bandar Damansara Kuantan, Masjid Muamalat As Sharif (PASDEC Damansara), Surau Taman Kristal, dan Surau Al Muqarrabin Taman Sg. Karang Maju bakal tercapai untuk membangunkan dan menguruskan bersama tanah waqaf perkuburan RBDK bagi manfaat keseluruhan penduduk Islam di Mukim Sungai Karang, Kuantan.
.jpeg)
Comments
Post a Comment