Surat Kelulusan Permohonan Kebenaran Menggunakan Tanah Perkuburan Islam Baharu RBDK
Alhamdulillah, satu lagi berita dan pengumuman gembira buat para penduduk ahli qaryah Masjid Assyakirin Bandar Damansara Kuantan, Masjid Muamalat As Sharif (PASDEC Damansara), Surau Taman Kristal, dan Surau Al Muqarrabin Taman Sg. Karang Maju di Mukim Sg Karang.
Pihak Pengurusan dan Pentadbiran RBDK telah pun menerima Surat Kelulusan Permohonan Kebenaran Menggunakan Tanah Perkuburan Islam Baharu RBDK yang bertarikh 20 Disember 2024 dari pihak MUIP.
Surat ini adalah lanjutan dari Mesyuarat Jawatankuasa RBDK, pertemuan dan perbincangan dengan pihak MUIP, Al Fadhil Qadhi Kuantan dan YBrs Dr Haji Asmadi Abdul Rahman selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Sektor Baitulmal dan Operasi).
Comments
Post a Comment