MESYUARAT PEMBANGUNAN RBDK KALI KE-2 (4 JAN 2024)

Bertempat di Masjid Muamalat As Sharif BDK.

Kehadiran 28 orang AJK RBDK dipengerusikan Lt.Kolonel (B) Ustaz Mohamad Zaki B Kassim







Agenda Mesyuarat:

1) Laporan Perkembangan Pembangunan RBDK terkini:

    i) Mesyuarat membincangkan 3 jenis pilihan jalan / laluan ke RBDK iaitu:

        a) Jalan melalui tapak semaian jalan bypass (Nursery) - lebih kurang 5km (tanah persendirian)

        b) Jalan melalui paip gas - lebih kurang 1.6km (jangkaan kos yang tinggi kerana merentasi

            kawasan berpaya yang panjang)

        c) Jalan melalui kawasan industri /kilang - jarak 1.7km dan jalan lurus ke RBDK.

         Mesyuarat bersetuju memilih pilihan ke tiga (c).

    ii) Kerja-kerja pembersihan tapak pusara RBDK





2) Tok 4 En Wan Rozaimi memaklumkan permohonan dana dalam mesyuarat JPKK telah dibuat dengan
     anggaran kos RM500K (jalan 1.7 km)




3) Ustaz Haji Azmi memaklumkan Al Fadhil Qadhi Kuantan memohon agar disegerakan kertas
     cadangan kerja-kerja pembangunan jalan dan pusara RBDK untuk diperpanjangkan kepada EXCO
     JKR dam EXCO Agama.


4) Laporan Kerja-kerja Pembersihan RBDK

    i) Mesyuarat bersetuju memberi tumpuan kepada kerja-kerja pembersihan di lot seluas 5 ekar dan

        pembersihan sempadan dan pemotongan pokok-pokok besar.

    ii) Mesyuarat memutuskan untuk mendapatkan anggaran kos sewaan Bulldozer untuk kerja-kerja

         pembersihan jangkaan siap 5 hari.


5) Laporan Kewangan

    i) Mesyuarat bersetuju menyediakan kupon wakaf RM10, RM20 dan RM50

    ii) E-Poster Dana Waqaf RBDK beserta QR Code utk sebaran dan hebahan.

    iii) Banner dan Poster bersaiz A3 Dana Waqaf RBDK beserta QR Code

    iv) Memohon kebenaran MUIP untuk kutipan dana Wakaf RBDK.


6) Mesyuarat berikutnya ditetapkan di Masjid An Nur Taman Dato' Rasyid Salleh.







Comments