Pertemuan bersama Tuan Anas di Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan (2 Februari 2024)

 Kehadiran Ustaz Mohamad Zaki Bin Kassim (Pengerusi RBDK), Encik Aidy Syukri Bin Yahya (SU RBDK), En Kazwan Bin Kassim (Pengarah Projek) dan En Syed Badiuzaman Bin Syed Hasan (AJK RBDK) 

Pertemuan dengan Encik Muhammad Anas Bin Mashudi (Penolong Pegawai Tanah, Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan) pada jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Unit Pembangunan Tanah PDTK.


Pengesahan rezab jalan 1.7km dan tanda batu sempadan rezab jalan dengan lebih teliti dibuat sebelum memulakan kerja-kerja pembersihan dan pembangunan jalan.

Perbincangan perancangan kerja-kerja awal meratakan tanah kubur dengan bulldozer serta untuk mendapatkan kelulusan dan kebenaran membersihkan dan meratakan jalan rezab menuju ke tanah perkuburan. Tuan Anas bersetuju dengan kerja-kerja pembangunan jalan di laluan 1.7km kerana lebih sesuai dan akan sediakan dokumen-dokumen berkaitan dengan segera.




Perbincangan mengesahkan batu sempadan dan layout jalan 1.7 km dari Kawasan Industri Bandar Damansara Kuantan

Comments