Program Semarak Subuh dan Ziarah Tapak Perkuburan Islam RBDK bersama Al Fadhil Qadhi Daerah Kuantan - 28 Sept 2024

Pada 28 Sept 2024, bersempena Program Semarak Subuh anjuran Masjid Assyakirin BDK, Tn Haji Syarifuddin Bin Mohd Sa'ad, Al Fadhil Qadhi Daerah Kuantan telah berkesempatan menziarahi Tapak Perkuburan Islam RBDK bagi meninjau dan memantau sendiri perkembangan terkini kerja-kerja pembersihan dan meratakan tanah tapak perkuburan Islam RBDK yang bermula sejak bulan Mac 2024 yang lalu.

Alhamdulillah, bersempena dengan bulan kelahiran Rasulullah saw, Al Fadhil Qadhi telah membuat pengisian slot Kuliah Subuh khas berkenaan kemuliaan dan keistimewaan bulan Rabiul Awwal dan kelahiran Rasulullah saw, dan memberi penekanan pentingnya bulan ini disambut dengan sehebat2 sambutan atas kemuliaan Rasulullah saw bagi melahirkan rasa cinta kepada Nabi saw.

Sumber: https://www.facebook.com/share/p/dBhWz8FKhEnoziVF/?mibextid=oFDknk

Al Fadhil Tuan Qadhi seterusnya diraikan dengan sedikit juadah Semarak Subuh bersama jemaah Ahli Qaryah Masjid Assyakirin BDK yang hadir pada pagi Sabtu tersebut.

Seterusnya bergerak ke Tapak Perkuburan RBDK dengan menaiki kenderaan pacuan 4 roda sekitar 8:00 pagi dengan diiringi AJK Masjid dan AJK RBDK yang diketuai Haji Nordin Bin Hai'on selaku Pengerusi Masjid dan Lt Kol (B) Ust Mohamad Zaki B Kassim selaku Pengerusi RBDK.

Beliau mendapat penerangan ringkas berkenaan perkembangan semasa kerja-kerja akhir meratakan tanah perkuburan Islam dan keperluan fasa seterusnya untuk membina pagar dan jalan utama di sekeliling dan di bahagian tengah tapak kubur - tetulang ikan dengan pavement bricks (tapak gajah).





































Beliau mengakhiri lawatan beliau sekitar pukul 9.30 pagi untuk hadir ke majlis Sambutan Maulidur Rasul di Surau TDRS kemudiannya.


Comments