Semakan Arah Kiblat Oleh Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Pahang
KUANTAN , 23 OKTOBER 2024: Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Pahang telah melaksanakan penentuan & semakan arah kiblat di Tanah Perkuburan Islam Raudhah Baqie Damansara Kuantan pada hari semalam.
Kaedah semakan arah kiblat tersebut dilakukan oleh pegawai yang mahir dalam mengendalikan peralatan
Theodolite yang di ketuai oleh Ustaz Mohd Al Hafiz bin Zakare dan dibantu oleh Ustaz Mohd Al Amin bin Muhamad Nor, Encik Muhammad Atif bin Abdul Razak serta pelajar praktikal daripada Universiti Malaya iaitu Wan Muhaimin bin Wan Rodzi.
Turut hadir bersama wakil daripada pihak pengurusan tanah perkuburan tersebut Leftenan Kolonel (B) Mohamad Zaki bin Kassim, Abd Jamil bin Md Jidin dan Mohd Misman bin Kasah
Pemasangan Papan Tanda Arah Kiblat
Comments
Post a Comment